Kajian Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

TAHNIAH diucapkan kepada semua graduan OUM!

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mewujudkan pangkalan data bagi menyimpan maklumat graduan di seluruh negara. Untuk itu, KPM menetapkan supaya semua institusi pengajian tinggi (IPT) menjalankan Kajian Pengesanan Graduan pada setiap Majlis Konvokesyen di institusi masing-masing.

Kajian ini bertujuan untuk mengukur persepsi graduan terhadap program akademik dan sistem pengajian di IPT disamping mendapatkan maklumat berhubung dengan employability, marketability dan career progression dikalangan para graduan. Untuk tujuan ini, KPM telah menyediakan satu borang soal selidik dan semua graduan diWAJIBkan untuk mengisi borang tersebut secara dalam talian (online).

Soal selidik boleh mula dilayari di portal KPM bermula pada 10hb September 2019 (Selasa). Berikut adalah panduan untuk mengisi soal selidik tersebut:

  1. Layari laman sesawang: graduan.mohe.gov.my
  2. Klik "Log Masuk Graduan"
  3. Pilih institusi "Open University Malaysia"
  4. Masukkan No Kad Pengenalan / Pasport / No Tentera
  5. 5. Taip Nama Institusi "Open University Malaysia"
  6. Klik hantar
  7. Isi soal selidik mengikut arahan yang dipaparkan
  8. Selepas selesai, emel juga salinan slip kepada kaunselor@oum.edu.my untuk tujuan rekod.

Saya, bagi pihak OUM, mengucapkan ribuan terima kasih diatas kerjasama yang diberikan.

Yang benar,

Nik Azlina Binti Nik Yaacob
Pengarah
Pusat Hal Ehwal Pelajar & Alumni